Social Icons

Featured Posts

Tuesday, November 21, 2017

Good Luck On Your SPM Science Exam


kredit gambar DI SINI




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Cikgu mengucapkan  Selamat Menjawab Kertas Sains SPM 2017.
Semoga calon-calon SPM semua dapat menjawab dengan tenang dan lancar.
Semoga kejayaan menjadi milik kalian semua.



************************************************************************
Catatan terkini :

Berikut merupakan update terkini, bilangan responden yang menjawab soalan Set Latih Tubi Google Form yang telah cikgu bina bersama Team Projek Google Form 2017.

Terkejut melihat melihat bilangan responden yang menjawab soalan-soalan ini.
Syukurlah set latih tubi ini jadi alternatif para guru untuk membuat ulangkaji bersama anak-anak didik masing-masing.



Set 1 mencatatkan bilangan 10 235 responden yang telah menjawab setakat jam 6.29 pagi (21/11/2017)










***** Klik link berikut untuk TIPS MENGHAFAL SAINS (TERKINI)!!! ******






Sunday, November 19, 2017

Demam Exam Sains SPM 2017...


Alhamdulillah... Ramai pelajar telah cuba menjawab soalan Google Form yang telah dibina oleh guru-guru Sains 1 Malaysia.

Kepada mereka yang masih belum mencuba, sila klik link berikut untuk membuat latihan. Masih belum terlambat lagi... Klik DI SINI dan DI SINI
Jangan takut salah ye... Anda boleh membuat latihan yang sama berulang-ulang kali.

Semoga usaha cikgu untuk memudahkan para pelajar dan guru semasa sesi ulangkaji akan mencapai matlamatnya. 

Selamat mengulangkaji pelajaran..



Set 1 telah dijawab oleh seramai 2550 responden.









***** Klik link berikut untuk TIPS MENGHAFAL SAINS (TERKINI)!!! ******





Thursday, November 16, 2017

Wednesday, November 15, 2017

Perkongsian Bengkel Sains IBSE oleh Cikgu Norhailmi (11 Nov 2017)



Perkongsian Bengkel Sains IBSE oleh Cikgu Norhailmi
semasa Kolokium Pendidikan STEM Zon Selatan 2017 di UTHM, Batu Pahat, Johor pada 11 November 2017 (Sabtu).






Semasa sesi bengkel IBSE ini, guru dipecahkan kepada beberapa kump. Setiap kumpulan, diberikan bahan-bahan seperti di dalam gambar di atas (pasir, tanah loam, habuk kayu, kapas, batu kerikil, botol plastik, sampel air yang keruh, kertas mahjong, dan marker pen pelbagai warna).





Model penapis air kumpulan kami.





 Setiap kumpulan perlu membina penapis air dan mengkaji faktor yg mempengaruhi kejernihan air yg ditapis dan menulis Hasil dapatan mereka pada kertas mahjong yang telah disediakan.





Setelah siap, 2 orang wakil daripada setiap kumpulan bertindak untuk menerangkan hasil dapatan mereka. (3 stray 1 stay). Ahli-ahli kumpulan yang lain memberikan komen dan mengemukakan soalan kepada kumpulan-kumpulan yang ada.




Saya bersama ahli kumpulan yang lain bergambar kenangan bersama Cikgu Norhailmi.




Sesi bengkel dan perkongsian ilmiah oleh pembentang Cikgu Norhailmi.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat rakan-rakan untuk mendapat gambaran bagaimana PdPc subjek Sains dapat dijalankan di dalam bilik darjah.


Berikut adalah beberapa video semasa bengkel diadakan :







***** Klik link berikut untuk TIPS MENGHAFAL SAINS (TERKINI)!!! ******




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang

 
 
Blogger Templates