Monday, February 29, 2016

Aktiviti Berkumpulan Menggunakan Peta Pemikiran i-THINK (Bab 3 Ting. 5)- (5UM 2016)

Nama Aktiviti :

Aktiviti Berkumpulan Menggunakan Peta Pemikiran i-THINK (Peta Pelbagai Alir) untuk Tajuk Bab 3 Tingkatan 5


Kelas : 5UM 2016



1. Pelajar-pelajar kelas 5UM dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada pelajar-pelajar daripada berbilang bangsa.



2. Setiap kumpulan diberikan Peta Pemikiran i-THINK (Peta Pelbagai Alir) yang mengandungi jawapan-jawapan yang perlu disuai padankan mengikut kesesuaian berdasarkan tajuk "Pemanasan Global / Kesan Rumah Hijau".




3. Setiap kumpulan perlu berbincang sesama ahli kumpulan masing-masing untuk melengkapkan Peta Pelbagai Alir yang diberikan pada masa yang telah ditetapkan oleh guru.


4. Pelajar-pelajar akan melekatkan jawapan pada ruangan yang berpadanan pada Peta Pemikiran I-THINK yang diberikan.



5. Kumpulan yang paling cepat menyiapkan dan memperoleh jawapan yang betul akan dinobatkan sebagai pemenang dan akan diberikan ganjaran oleh guru.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang

 
 
Blogger Templates